Tips Untuk Mengelakkan Jeragat Berulang

Anda mesti tidak mahu jeragat berulang setelah berhabis ribuan ringgit untuk membuat rawatan.

Mengikut kajian pakar dermatologi, wanita yang mengalami masalah jeragat, kusam lebih cepat nampak tua dan 7 tahun lebih tua berbanding yang tidak mempunyai masalah jeragat & kusam. Mesti stress kan?

Sangkakan kedut dan garis halus yang buat kulit tua dari usia, tapi masalah jeragat dan kulit kusam pun boleh buat kulit nampak lagi tua dari usia.

Selepas buat rawatan dengar pakat aesthetic pun,mesti dah taknak jeragat tu kembali timbul kan?

Ni adalah tips untuk mengelakkan jeragat berulang. Jom amalkan tips di bawah bagi mencegah masalah ini:

1. SENTIASA MEMAKAI SUNBLOCK

Setiap kali keluar rumah, cahaya matahari antara faktor terbesar masalah jeragat dan juga kulit kusam.Krim UVA dan juga UVB mampu melindungi kulit, menutup masalah jeragat, mencegah serta merawat masalah muka waktu siang.

2. SENTIASA PAKAI PELEMBAB MUKA (moisturizer)

Kulit yang lebih lembab akan membuatkan jeragat cepat pudar dan cerah kerana kulit berada dalam keadaan lembab dan memudahkan nutrient daripada produk menyerap ke dalam kulit.Seelokknya pakai sunblock minimal 30spf.

3. BUANG SEL KULIT MATI.

Mengapa perlunya buang sel kulit mati ? Sebab semakin meningkat usia, semakin perlahan proses penghasilan sel-sel kulit baru.

Buang sel kulit mati adalah penting untuk menhilangkan jeragat dan mencerahkan kulit muka dengan pantas.

4. BASUH RAMBUT SELALU

Jika anda mempunyai rambut yang berminyak, ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit yang akan meningkatkan peluang anda mempunyai liang yang tersumbat.

Selain daripada membasuh muka dua kali sehari, anda juga perlu pastikan anda membasuh rambut setiap dua tiga hari sekali, bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan pada bahagian muka.

5. KOSMETIK BEBAS MINYAK

Gunakan bahan solek dan losyen yang bebas daripada minyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak adalah punca utama liang menjadi tersumbat.

Selain daripada itu, anda juga perlu memastikan alat-alat solek anda seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap, kerana ianya boleh mengundang bakteria untuk hidup padanya.

6. DIET PEMAKANAN SIHAT

Akhir sekali, anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat.

Oleh itu jika kita perlu hadkan pengambilan makanan yang berminyak.

Kita juga perlu amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air kosong yang banyak bagi meningkatkan tahap kesihatan badan dan juga kulit yang sihat.

Oleh itu, penjagaan muka,cara makanan dan juga aktiviti harian sangat memainkan peranan kerana ianya akan memberi kesan kepada kesihatan muka kita.

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada yang sepatutnya.Jagalah kebersihan diri dan amalkan gaya hidup sihat.

Kulit yang cantik mencermin keperibadian diri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Beauty Consultant

Adani

Online

Beauty Consultant

Atira

Online

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00