Tips Memilih SkinCare Untuk Masalah Jeragat

Anda mungkin rasa susah untuk kenal pasti mana skincare yang okay dan tidak bagus untuk kulit jeragat kan? Disini REVEUSE sediakan Tips Memilih Skincare terutamanya untuk yang mempunyai masalah jeragat.

Kami tahu ramai masih keliru dengan pemilihan ini. Mana tidaknya, terlalu banyak set skincare untuk masalah jeragat mempunyai bahan kimia yang bahaya dan terlarang. Bahan kimia ini bukan sahaja bahaya malah boleh menjadi punca jeragat muncul lebih teruk.

Oh ya, mungkin jeragat hilang selepas pakai. Tapi tanpa sedar ianya menipiskan kulit wajah anda. Itu lagi membimbangkan.

Bila stop pakai set skincare tersebut kulit wajah pula yang rosak. Dari sedikit masalah bertambah banyak pula masalah lain yang timbul.

Jadi REVEUSE tak nak benda ni berlaku kepada anda. Jadi pilihlah skincare yang betul okay.

REVEUSE akan kongsikan beberapa tips macam mana untuk memilih skincare yang sesuai untuk masalah jeragat dan paling penting selamat.

Jeragat hilang, kulit pun sihat dan makin berseri. Siapa tak nak kan?

TIPS MEMILIH SKINCARE JERAGAT

1) Diperbuat daripada bahan semulajadi

Jeragat ni selalu terjadi kepada yang mempunyai masalah kulit kering. Dengan penjagaan kulit kering tidak betul akan menimbulkan jeragat berterusan.

Sekiranya skincare tidak dipilih secara betul dan bahan kimia terlalu banyak lagi bertambah rosak kulit muka. Jadi antara tipsnya adalah memilih yang lebih kepada organic.

Yang 100% dari bahan semulajadi. Bahan semulajadi ini lebih mudah diserap oleh sel kulit kita.

2) Dijamin berkesan secara clinical.

Berkesan secara clinical ini bermaksud telah dibuat ujian makmal bahan yang ada dalam skincare tersebut telah terbukti berkesan dalam mengurangkan tompok-tmpok penuaan jeragat.

Testimoni?

Memang betul testimoni banyaknya berkesan. Ini betul. Tetapi kita lupa dari segi keberkesanan secara clinical tersebut.

Jadi alangkah baiknya selidik dahulu sebelum percaya kepada testimoni yang ada. Jadi pastikan memilih skincare yang mana bahannya telah diuji dan penggunanya turut diuji kesannya melalui ujian makmal.

3) Lulus bukan setakat KKM akan tetapi juga ujian makmal oleh saintis yang berpengalaman.

Jangan tengok pada rupa cantik skincare sahaja tetapi selidik siapa yang membuat skincare tersebut. Bagaimana proses pembuatannya.

Berapa lama tempoh proses produk tersebut. Ya mungkin terlalu banyak untuk dikaji. Tetapi untuk siapa kan?

Untuk kepentingan kita juga. Nak selamat dan kulit sihat perkara ini haruslah dititikberatkan. Ulangkaji brand tersebut.

Siapa mereka? Darimana mereka? Berpengelaman atau tidak. Sekiranya was-was lupakan sahaja.

Jadi jangan pandang pada kelulusan KKM semata-mata sahaja.

4) Bahan paraben dan bahan kimia berbahaya.

Sila semak bahan-bahan yang ada dalam skincare tersebut sebelum membeli atau memakai. Jangan main beli tanpa semak terlebih dahulu.

Bila sebut bahan kimia berbahaya , ianya bukan semata hydorquinine tu okay. Tapi juga mesti bebas paraben dan bahan-bahan terlarang dalam skincare.

Cari brand yang sudah dijamin bebas dari bahan-bahan ini. Dinyatakan secara jelas. Jadi memilihlah dengan bijak okay.

.

Sentiasa semak apa ada dalam ramuan atau bahan-bahan yang digunakan. Nak cantik haruslah berhati-hati dalam memilih kan?

Makanya jangan membeli dengan mengikut kawan-kawan atau trend sahaja. Sila lebih prihatin dengan apa yang ingin digunakan. Bijaksana memilh yer!

Untuk merawat jeragat, anda perlu bersabar dan jangan terburu-buru jika menggunakan produk. Biasanya jika sesuatu produk menjaminkan jeragat anda hilang dengan secepat mungkin, anda harus bijak untuk mencari maklumat dahulu berkenaan produk berkenaan.

Hanya membuat rawatan laser untuk jeragat yang terbukti boleh memberikan hasil yang cepat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Beauty Consultant

Adani

Online

Beauty Consultant

Atira

Online

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00