Nak Beli Serum Untuk Jeragat? Anda Perlu Tahu Ini Dahulu

Apa Itu Serum Wajah?

Serum wajah adalah sejenis gel yang jernih, bertekstur sangat ringan dan bebas dari minyak dengan mengandungi sejumlah bahan aktif vitamin serta oksidan.

Bertujuan untuk menyerap masuk ke dalam lapisan kulit yang paling dalam dengan cepat, mudah dan merata dari pelembap biasa.

Serum juga mampu untuk regenerasi kulit, mencerahkan, menghapuskan garis-garis halus, jerawat, bintik hitam dan pigmentasi serta tona kulit tidak sekata.

Sesuai untuk semua jenis kulit dan yang paling penting, gunakanlah produk yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka anda.

Ia perlu dipakai selepas membersihkan muka dengan toner, dan diakhiri dengan moisturiser.

Serum baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.

Baca: Merawat Jeragat Menggunakan laser

Pemilihan Serum Untuk Jeragat

Pemilihan serum daripada ekstrak dari tumbuhan ataupun buga-bungaan seperti ekstrak dari bunga sakura akan membuatkan kulit lebih lembut dan licin.

Ia membantu memudarkan parut dan jeragat di wajah dan bertindak 3 kali ganda untuk mencerahkan wajah anda.

Bukan sahaja itu, serum ini juga dapat memudarkan garis halus di wajah dan memastikan kulit lebih tegang supaya tampak sentiasa muda.

Serum yang mengandungi vitamin E mampu memperbaiki kulit bermasalah serta melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV.

Dengan kandungan Vitamin E, kulit anda tidak akan kelihatan kasar, kering, merekah dan kemerahan.

Serum ini juga berkesan untuk menutup cela pada kulit wajah seperti parut, jerawat, sunburn dan jeragat serta menghalang daripada liang pori tersumbat.

Ianya juga dapat menghapuskan garis-garis halus dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda.

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Serum Berasaskan Vit C, Tee Tree Oil & Alga Laut

Selain daripada itu pemilihan serum yang berasaskan vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang dapat memperbaiki masalah parut jerawat, pigmentasi dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat akan datang.

Ia juga dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan terutamanya pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Serum Berasaskan Teknologi Nano,Omega White-C & Ekstrak Semulajadi

Dengan Nanotechnlogy, Omega White-C dan ekstrak natural, serum ini berkesan untuk mencerahkan dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk menghapuskan bintik hitam serta tona kulit menjadi sekata.

Kulit anda akan menjadi lebih cerah dan bermaya.

Serum Berasaskan Tumbuhan AHA

Serum yang berasaskan tumbuhan AHA dapat membantu menjaga lapisan kulit anda.

Ia memberi penghidratan yang tinggi untuk kulit kering agar tampil lembap sepanjang hari.

Serum ini juga membantu untuk memperbaiki sel kulit mati di wajah.

Untuk mendapatkan kulit yang licin dan bebas dari cela, gunakanlah serum ini pada waktu siang dan malam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Dengan serum ini, ia mengunci kelembapan air di dalam kulit anda bagi memastikan penghidratan untuk jangka panjang.

Selain membawa penghidratan jauh ke dalam kulit kerana ia diperkaya dengan bahan bermanfaat seperti asid hyaluronik.

Selain itu, serum ini turut membantu melindungi kulit anda daripada pencemaran dan sesuai bagi mereka yang sering terdedah kepada aktiviti luar.

Serum yang tidak berminyak, tidak melekit dan mudah menyerap ke dalam kulit anda.


Cara Penggunaan Serum Dengan Betul Untuk Hasil Yang Terbaik

Untuk mendapatkan hasil terbaik buat kulit wajah anda, penggunaan serum yang betul haruslah diaplikasikan melalui langkah-langkah yang tepat;

  • Bersihkan kulit wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka.
  • Titikkan secukupnya ke atas jari dan kemudian tepuk secara perlahan pada kulit wajah.
  • Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, selepas mencuci muka, tunggu selama 10-15 minit sebelum memakai serum kerana waktu itu kulit menjadi lebih relax.
  • Pakai serum dahulu sebelum memakai pelembap.
Tips penting: tunggu sehingga 2-3 minit untuk anda merasakan samada serum yang digunakan sesuai atau tidak dengan kulit wajah.

Jika anda merasakan ianya melekit, iritasi dan berminyak, ini bermakna serum itu tidak sesuai untuk kulit wajah anda.

Disinilah pentingnya untuk anda mengenalpasti kulit wajah terlebih dahulu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Perlukan Bantuan? Konsultansi Percuma!

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan rawatan jeragat & jerawat. Boleh hubungi, Perunding Kecantikan kami yang sedang bertugas.

Beauty Consultant

Atira

Online

Beauty Consultant

Adani

Online

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00