Punca-Punca Berlakunya Jeragat Untuk Wanita Asia

Untuk kita memahami bagaimana jeragat pada muka kita boleh muncul, kita perlu faham telebih dahulu berkenaan kulit wajah kita.

Bagaimana Warna Kulit Kita Terhasil?

Pigmen yang paling penting yang menentukan warna kulit seseorang dipanggil melanin.

Boleh dikatakan perbezaan kulit warna kita berdasarkan pelbagai bangsa adalah disebabkan kandungan melanin yang berbeza.

Jika hidupan lain seperti ikan, melanin ini yang membantu iklan berkenaan mampu berubah warna.

Bagaimanapun, untuk kita sebagai manusia, melanin ini selain daripada memberi warna kulit kepada kita , ia juga berfungsi untuk melindungi kita daripada kesan bahaya jika terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

Melanin dihasilkan oleh rangkaian sel khusus yang tersebar melalui lapisan bawah epidermis, yang merupakan bahagian luar kulit yang nipis. Sel-sel ini dipanggil melanosit.

Jadi Bagaimana JERAGAT Terbentuk dan Perkaitannya?

Jeragat muncul kecil-kecil dalam bentuk berbintik pada permulaanya dan kebiasaannya muncul pada bahagian muka. Namun, ia juga boleh muncul pada bahagian leher dan bahagian bahu.

Jeragat tidak bahaya, disebabkan itu orang kita pada kebiasaannya sentiasa berkira-kira untuk merawat jeragat.

1. Terdedah Kepada Sinar UV

Jeragat terjadi apabila kita terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Umum mengetahui yang sinaran matahari ini mengandungin sinaran UV.
Radiasi daripada sinar UV ini yang menjadikan melanosit untuk menghasilkan lebih banyak melanin yang menjadikan ia semakin gelap (Iaitu jeragat)

2. Genetik

Terdapat juga yang mengalami masalah jeragat ini disebabkan oleh keturunan. Jika ibubapa anda mempunyai jeragat, adalah tinggi kebarangkalian untuk anda turut mempunyai jeragat.

Ini pada kebiasaannya kita dapat lihat kepada ‘mat saleh’. Orang kulit putih mempunyai potensi yang lebih tinggi berbanding orang yang berkulit gelap untuk mendapat jeragat.

3. Perubahan Horman

Perubahan hormon juga boleh menjadikan timbulnya jeragat.

Oleh sebab itu, kaum wanita lebih berisko untuk mendapat jeragat berbanding lelaki kerana berlakunya perubahan hormon pada wanita berbanding lelaki.

Antara perubahan hormon yang berlaku pada wanita adalah datang bulan, mengandung dan melahirkan anak.

4. Pil Perancang

Dengan mengambil pil perancang, akan berlakunya proses perubahan horman dalam badan wanita. Seperti mana yang diberitahu pada poin no 3.

5. Produk Kecantikan Tidak Berkualiti (Produk Timbang Kilo)

Pada beberapa tahun yang lalu, kita heboh dengan berita produk timbang kilo yang mengandungi merkuri. Merkuri ini menipiskan kulit muka untuk menjadikan ia lebih putih.

Memang berkesan untuk jangka masa pendek.

Apabila sudah menipis maka sinar UV lebih mudah untuk menyerap masuk dan boleh memusnahkan sel-sel kulit untuk jangka masa panjang.

Merawat Jeragat

Jeragat semamangnya boleh dirawat dengan menggunakan produk-produk yang betul. Namun, tiada jalan singkat jika ingin merawat jeragat dalam masa yang cepat jika dengan mengambil skincare. Ia tetap mengambil masa dan terus bersabar.

Jika anda memilih untuk mengambil skincare, perlu diingat anda perlu berhati-hati dan bijak dalam memilih skincare untuk jeragat anda.

Hanya menggunakan laser merupakan cara paling cepat untuk menghilangkan jeragat dengan selamat untuk setakat hari ini.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

1. Walaupun jeragat tidaklah memudatkan kepada kesihatan anda tetapi adalah disarankan untuk anda mempunyai pemeriksaan tahunan kepada kulit wajah anda.

2. Kepada yang terdedah kepada cahaya matahari, adalah disarankan untuk anda memakai sunblock jika selalu melakukan aktiviti-aktiviti luar.

3. Untuk yang sudah mengalami jeragat juga, disarankan untuk memakai krim anti-oksidan sebagai langkah berjaga-jaga terhadap kanser kulit.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Beauty Consultant

Adani

Online

Beauty Consultant

Atira

Online

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00