Ini Langkah Perlu Diambil Untuk Merawat Jerawat Kulit Sensitif

Mengalami masalah jerawat kulit sensitif? Ramai yang takut bila membicarakan tentang jerawat dan kesan parut jerawat yang terhasil daripada jerawat yang kronik.

TETAPI, tidak ramai yang menitik beratkan “punca” terjadinya jerawat dikalangan umum tidak kira jantina lelaki mahupun perempuan serta tidak mengira peringkat usia seseorang.

Jenis -jenis Jerawat

Sebelum saya bincangkan punca dan cara mengatasi masalah kulit sensitif yang terjadinya jerawat,kita harus mengenalpasti jenis-jenis jerawat yang muncul dengan jayanya di permukaan kulit kita.

PAPULES

Komedo yang tersumbat dan meradang sehingga terbentuknya benjolan merah pada permukaan kulit dan kemungkinan sensitif kepada sentuhan.

PATULES

Dikenali dengan benjolan merah yang dipenuhi dengan warna putih dan kuning dipermukaannya.

NODUL

Benjolan merah besar yang meradang dan terlalu sensitive dengan sentuhan.Kebiasaannya ia tumbuh dalam kulit dan sangat menyakitkan.

CYST

Benjolan jerawat yang besar dan luka yang dipenuhi nanah.
Kelihatan seperti bisul dan harus dirawat oleh pakar.


Jerawat biasanya terhasil kerana kulit muka yang berminyak yang berlebihan dan mengakibatkan liang roma tersumbat.

Maka sebum muka terperangkap dibawah lapisan kulit bersama sel-sel kulit mati.

Dari situlah bermulanya benjolan-benjolan timbul secara berjemaah.

Selain itu, ramai yang tidak tahu bahawa jerawat juga terhasil daripada genetik yang dikenali sebagai jerawat keturunan.

Hal ini sukar untuk dirawat melainkan ianya dirawat secara konsisten menggunakan kaedah-kaedah yang betul.

Saya juga ada terbaca tentang “propioni bacteria” dimana kulit kita terkena jangkitan kuman sehingga boleh menyebabkan keradangan kulit yang kronik jika tidak dirawat dengan lebih awal.

Sesetengah orang lebih gemar membiarkan kulit mereka yang sensitif terdedah dengan persekitaran tanpa sedar kulit mereka menjadi semakin teruk akibat jangkitan propionic bacteria pada liang roma.

Hormon juga berkait rapat dengan jerawat yang timbul secara tiba-tiba tidak mengenal usia mahupun jantina individu tersebut.

Semakin ia membiak ia mempengaruhi emosi individu dan sekiranya emosi terganggu,kemungkinan hormon juga akan terganggu dan tidak stabil.

Hormon yang tidak stabil mengakibatkan jerawat makin jinak membiak.

Seeloknya jangan terlalu memikirkan tentang masalah jerawat yang dialami tetapi mencari cara untuk mengatasinya dengan mudah dan tepat.

Sama ada berjumpa dengan pakar ataupun merawat sendiri dengan cara yang betul.

Di samping itu,kebanyakan golongan wanita ramai memandang remeh terhadap penjagaan kulit ketika mencuci solekan yang dipakai seharian diwajah.

Tanpa disedari pori-pori wajah mula tersumbat dan terjadinya komedo yang boleh menyebabkan keradangan hingga terhasilnya jerawat.

Mereka juga tidak memandang serius atas jenama produk yang digunakan dan lebih selesa membeli yang murah asalkan boleh bergaya tanpa memikirkan sebab dan akibat kemudian hari.

Cara Merawat Jerawat Kulit Sensitif

1. Menjaga kebersihan

Kebersihan wajah adalah perkara yang patut dipandang serius.

Sesetengah individu berfikiran bahawa pencuci muka yang mahal dan berkualiti dapat menjamin kebersihan wajah sehingga ke dasar kulit.

Fakta sebenar tentang penjagaan wajah adalah bergantung kepada cara-cara mencuci wajah dengan betul dan menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit muka sama ada kulit berminyak,kering atau normal.

Digalakkan mencuci muka 2@3 kali sehari.

Elakkan mencuci muka terlalu kerap bimbang kelembapan semula jadi kulit muka akan berkurangan.

Asingkan tuala muka dengan tuala badan.Setelah selesai mencuci muka,lap muka secara perlahan atau tepuk-tepuk sehingga kering menggunakan tuala yang bersih dan lembut.

2. Pelembab wajah

Pelembap wajah sangat diperlukan bagi setiap jenis kulit tidak kira jenis kulit normal,kulit kering atau kulit berminyak.

Bahkan kulit sensitif juga memerlukan pelembab tetapi harus memilih yang betul-betul sesuai dengan kulit untuk mengurangkan sensitiviti.

Kulit mengadungi 80% air didalamnya dan permukaan kulit hanya mampu menampung hingga 30% sahaja kelembapan.

Ianya berfungsi untuk mengekalkan kelembapan bagi memulihkan sel-sel kulit yang lemah atau rosak.

Elakkan memakai pelembab yang mengandungi minyak berlebihan.

3. Sunblock

Pancaran sinar uv atau terdedah terus kepada cahaya matahari sering dikaitkan dengan jeragat tanpa disedari ia juga menjadi punca terjadinya keradangan kulit yang menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Penghalang matahari atau lebih dikenali sebagai “sunblock@sunscreen” amat penting bagi penggunaan harian wajah,kebiasaannya ianya digunakan selepas memakai pelembab wajah.

Penggunaan sunblock dapat melindungi kulit daripada terkena terus sinaran uv sekaligus dapat memelihara kelembapan kulit.

Disarankan memakai sunblock yang mengandungi spf 30 untuk perlindungan kulit wajah sama ada santai dirumah ataupun menjalani aktiviti luar.

Elakkan memilih sunblock yang mengandungi pewangi.

4. Diet Seimbang

Mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai pencuci mulut dan makanan sampingan kerana ia mengandungi vitamin dan zat tertentu yang diperlukan oleh kulit dan tubuh badan.

Ia juga baik untuk sistem penghadaman sekaligus melancarkan pencernaan untuk membuang toksin dalam dari badan.

Usus yang sihat mengaktifkan hormon yang baik untuk menyegarkan tubuh badan serta menampakkan wajah segar dan ceria.

5. Air Putih Secukupnya

Sesuatu yang sangat mudah tapi sukar untuk dilakukan oleh segelintir individu iaitu mendapatkan zat dari air putih secukupnya.

Ramai yang tahu manfaat dan kelebihan meminum air putih dapat mengembalikan kulit wajah yang kusam menjadi lebih sihat dan cantik.

Toksin yang boleh menyebabkan jerawat juga dapat disingkan.

Selain daripada buah dan sayuran,air putih mampu mebantu melawaskan pencernaan dan dapat memberikan hasil yang memuaskan jika diminum pada kadar yang cukup dan sering mengamalkannya.

Bukan itu sahaja,air putih lazimnya dapat mengekalkan hormone yang positif dan menjaga keseimbangan air dalam badan.



Jadi, untuk terlihat cantik dan langsing tak perlu berhabis wang ringgit untuk melabur kepada pil-pil yang bahaya.

Mungkin beberapa tips yang saya kongsikan tentang cara merawat kulit yang sensitif dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kulit secara efektif atau anda mempunyai inisiatif lain untuk mengubah gaya hidup anda agar lebih cerdas dan cergas.

Terkadang individu lebih fokus kepada bahagian muka apabila munculnya jerawat, sedangkan kecantikan luaran memerlukan penjagaan dari dalaman.

Personaliti diri anda,adalah keyakinan yang sebenar.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Perlukan Bantuan? Konsultansi Percuma!

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan rawatan jeragat & jerawat. Boleh hubungi, Perunding Kecantikan kami yang sedang bertugas.

Beauty Consultant

Atira

Online

Beauty Consultant

Adani

Online

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00