Cara Merawat Jeragat Menggunakan Laser

Tahukah anda,untuk menghapuskan jeragat daripada muka kita untuk tempoh yang singkat bukannya mudah.

Apabila kita menggunakan “local product” yang mengandungi kandungan (merkuri,hidroquinon,tretonoin etc) ia akan menyebabkan kesan yang amat pantas pada permukaan kulit tetapi hakikatnya akan merosakkan dalaman kulit muka antaranya,kerosakan pada sel kulit muka,kulit jadi gelap dan kusam.

Ini antara salah satu punca berlakunya jeragat untuk wanita terutamanya berkulit Asia seperti kita.

Jeragat pada dalaman muka akan keluar dengan serta merta.

Untuk mengatasi masalah ini,kami ada jalan penyelesaian untuk merawat jeragat dengan menggunakan kaedah laser.

Bagaimanapun,benarkah kaedah rawatan jeragat menggunakan laser adalah selamat dan tidak akan memudaratkan kulit wajah?

Rawatan laser adalah teknologi terkini dan cara rawatannya adalah selamat kerana khusus pada masalah kulit.

Bahkan sesi rawatannya juga dikendalikan oleh doktor atau staf terlatih yang pakar menganalisis masalah kulit.

Rawatan laser di Reveuse Medispa adalah terdiri daripada dua jenis iaitu ‘Carbonpeel (jeragat bertompok) dan juga Freckles (jeragat yang berterabur/berbintik).

Bagi pelanggan yang menghadapi masalah jeragat,biasanya kami sarankan untuk membuat rawatan pakej berbanding satu sesi rawatan sahaja.

Hal ini kerana,kemungkinan jeragat pada dalaman kulit muka akan kembali timbul.

Rawatan Carbonpeel laser biasanya dilakukan bagi pelanggan kami yang mempunyai jeragat yang masih baru ataupun jeragat yang bertompok.

Cara rawatan Carbonpeel laser adalah dimulai dengan medifacial dan juga massage selama 15minit.

Selepas itu wajah customer akan disapu dengan karbon sehingga menutupi keseluruhan kulit dan dibiarkan selama 10minit.

Semasa rawatan laser dilakukan,peranti laser akan dihalakan ke setiap bahagian wajah bermula dari dagu,pipi,dahi dan diakhiri dengan hidung,.

Semasa rawatan, pelanggan akan mendengar bunyi percikan laser yang menandakan bahan karbon ini “peel off” dari kulit.

Bagi yang baru kali pertama melakukannya mungkin akan terasa sedikit pedih apabila peranti laser ini diletakkan pada lapisan teratas, namun ia tidak menyakitkan.

Hanya selepas kira-kira 20 minit sehingga satu jam selepas semua warna hitam karbon diserap barulah peranti laser dihentikan dan pelanggan boleh meneruskan semula aktiviti mereka kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan.

Rawatan ini memerlukan tempoh tiga hingga empat minggu untuk proses pemulihan kulit.Selain itu,ia akan pudarkan jeragat secara berperingkat mengikut tahap ketebalan jeragat pada kulit muka pelanggan.

Jeragat yang berbintik ataupun berterabur dikenali sebagai freckles/darkspot. Freckles terbentuk di beberapa permukaan kulit, yang dipanggil lapisan paling atas kulit (epidermis).

Bintik samar (barely visible spot) walaupun kurang ketara pada pandangan mata kasar tetapi boleh menyebabkan tona kulit tampak tidak sekata dan kusam.Dalam rawatan ini,kami akan menggunakan laser jenis “freckles removal”.

Cara rawatan bagi jeragat berbintik (freckles/dark spot) terdiri daripada beberapa langkah.

Langkah pertama kita akan mengesan keadaan kulit muka pelanggan terlebih dahulu dengan melakukan “spot test” di kawasan jeragat yang berbintik (freckles) untuk menentukan berapa lama proses penyembuhan kulit muka.

Selepas itu,beautician akan membuat medifacial selama 15minit.

Jika pelanggan merasa sakit akibat daripada “spot test” tadi,beautician akan sapukan krim kebas “freckles removal” bagi mengurangkan kesan sakit semasa rawatan laser dilakukan.

Krim kebas akan dibiarkan selama 30minit.

Selepas itu,laser akan dihalakan di kawasan “dark spot” dan akan diuji di beberapa spot yang dikehendaki.Apabila laser dipancarkan pada dark spot, ia akan memecahkan pigentasi pada permukaan kulit muka.

Selepas rawatan ini dilakukan, ia akan memberi kesan kulit menggelupas dan juga membentuk kepingan di kawasan yang terkena laser.

Tempoh rawatan ini mengambil masa minimum satu jam mengikut tahap jeragat.

Selain itu kebaikan membuat rawatan ini juga membuatkan kulit akan mengalami proses penggelupasan kulit yang membuatkan jeragat gugur dengan sendirinya.

Proses rawatan laser ini memerlukan beberapa sesi untuk menghilangkan semua jeragat tetapi ia sangat berkesan, selamat dan tidak meninggalkan sebarang parut.

Oleh itu ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan menjadikan rawatan laser ini satu kaedah merawat masalah kulit yang menjadi keutamaan pelanggan.

Kebiasaannya pelanggan akan menjalani 12-13 sesi rawatan freckles removal untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Sepanjang melakukan sesi rawatan laser,pelanggan tidak digalakkan untuk memakai mekap dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu selepas menjalani rawatan.

Anda juga digalakan untuk memakai basic skincare seperti pelembab dan juga sunblock bagi melindungi kulit muka daripada sinar UVA dan UVB. Jadi perlulah membuat pemilihan produk skincare jeragat dengan bijaksana kerana terlalu banyak dipasaran. Ada yang bagus ada yang tidak.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Beauty Consultant

Adani

Online

Beauty Consultant

Atira

Online

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00