5 Jenis Jerawat & Punca Jerawat Sering Timbul

Apa Jenis Jerawat yang ada di muka aku ni & Apa Punca Jerawat ni selalu sangat naik?

Mungkin ini persoalan yang sering anda tanya pada diri sendiri dan tidak menjumpai jawapannya?

Jerawat merupakan antara mimpi buruk bagi wanita dan merupakan masalah terbesar dalam hidup lelaki mahupun wanita jika menyebabkan keradangan yang teruk pada kulit wajah.

Kemunculan jerawat pada waktu yang salah boleh menyebabkan seseorang menjadi stress, murung dan kurang keyakinan.

Secara amnya, jerawat adalah keadaan dimana terdapat bintik atau benjolan pada permukaan kulit muka terutamanya sekitar T-zone.

Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati.

Terdapat beberapa jenis jerawat yang dapat dikelaskan seperti whitehead,blackhead,papules,pustules dan juga nodules.

JENIS-JENIS JERAWAT

Terdapat beberapa jenis jerawat yang selalu timbul pada muka kita.

Setiap jerawat juga perlu di rawat melalui kaedah berbeza.

Jom kita kenali terlebih dahulu jenis jerawat yang macam mana yang ada ni.

jenis jenis jerawat

WHITEHEAD

Whitehead merupakan antara masalah biasa yang dialami bagi individu yang memiliki liang pori besar pada kulit wajah.

Pada pandangan mata whitehead kelihatan seperti bintik-bintik putih pada permukaan kulit muka.

Kadang-kadang whitehead boleh muncul tanpa disedari kerana tidak kelihatan pada permukaan kulit.

Whitehead juga merupakan jenis jerawat yang mudah dikenali.

Jerawat jenis ini terjadi ketika lapisan kulit menutupi pori-pori dengan sel kulit mati atau kotoran dan menyebabkan gumpalan bulat putih pada kulit.

Jerawat jenis ini dapat disebabkan oleh berbagai jenis faktor.

Namun, yang paling umum disebabkan oleh kulit berminyak, sel kulit mati, dan perubahan hormon.

Jerawat ini tampak seperti benjolan kecil dengan warna putih.

Whitehead ini terjadi apabila pori muka tersumbat yang disebabkan oleh sel kulit mati, kotoran,bakteri atau minyak yang berlebihan.

Whitehead biasanya akan menimbulkan isi berwarna putih dan ia boleh dikeluarkan dengan membuat rawatan secara manual ataupun mesin penyedut whitehead.

Jangan pernah cuba memicit whitehead dgn jari kerana ia ia akan menyebarkan bakteria penyebab jerawat, dan menimbulkan parut.

Cara terbaik untuk mengatasi whitehead adalah menjaga area T zone dan mencuci wajah pada waktu pagi dan malam dengan pembersih wajah yang mengandung salicylic acid,formula BHA dan lain-lain.

Whitehead biasanya kecil, keras, hampir mirip dengan jerawat tetapi tiada kesan merah dan bengkak.

Untuk mengelakkan masalah whitehead ini terjadi,anda juga harus menjaga pola pemakanan yang baik dan memakai skrub muka sekurang-kurangya 2kali seminggu.

Gunakan pembersih yang lembut untuk mencuci muka 2 kali sehari.

BLACKHEAD

Blackhead adalah bintik hitam yang kelihatan lebih jelas atau kotor jika muncul pada wajah seseorang.

Jika dikeluarkan, blackhead lebih keras berbanding whitehead yang seperti cecair.

Blackhead lebih kerap muncul pada kawasan hidung kerana liang pori pada kawasan ini lebih besar dan kotoran didalamnya lebih sukar untuk dicuci.

Blackhead juga adalah sebum yang tersumbat pada pori-pori yang terbuka kemudian bercampur dengan bakteria dan sel-sel kulit mati.

Hal ini kerana blackhead berada di lapisan atas permukan kulit.

Ketika terkena udara, akan berlakunya proses oksidasi yang menyebabkan warnanya menjadi hitam.

Sama seperti whitehead, blackhead ini disebabkan oleh pori-pori tersumbat dan pengeluaran minyak yang berlebihan kerana perubahan hormon.

Perbezaan dari kedua-duanya adalah whitehead merupakan pori yang terbuka dan muncul ke permukaan kulit wajah,

sedangkan blackhead adalah pori yang tertutup oleh sel kulit mati sehingga menghalanginya keluar dari kelenjar minyak dan sel kulit mati dari dalam kulit,

serta tidak muncul ke permukaan kulit.

Penyebab blackhead?

• Kelenjar minyak menghasilkan kadar minyak (sebum) yang berlebihan
• Sebum yang berlebihan bergabung dengan sel kulit mati dan menyumbat folikel rambut
• Pori terbuka menyebabkan kalenjar minyak tersumbat
• Kulit wajah mengeluarkan terlalu banyak minyak
• Pengambilan ubat-ubatan
• Perubahan hormon yang menyebabkan peningkatan pada pengeluaran minyak seperti menstruasi
• Anda memiliki banyak bakteria pada kulit, terutama bakteri p. acnes (propionibacterium acnes).

PAPULES

Secara fizikal,jerawat jenis papules adalah benjolan lembut kecil atau besar berwarna kemerahan pada permukaan kulit.

Papules merupakan keradangan kulit yang tidak mengakibatkan nanah tetapi boleh menyebabkan rasa gatal.

Tahap keterukkan papules dapat dilihat kepada jumlah benjolan merah (keradangan) pada permukaan kulit serta saiz benjolan.Penyebab terjadinya jerawat papules ini adalah disebabkan oleh :

• Hormon (menstruasi)
• Bakteria pada permukaan kulit
• Pori dan kelenjar minyak tersumbat
• Keturunan

NODULES

Nodules adalah jenis jerawat yang lebih kronik dan lebih sukar untuk dirawat.

Nodules merupakan keradangan pada lapisan dalam kulit serta terasa keras pada bahagian dalam kulit berpunca dari nanah yang terkumpul.Jika tidak dirawat dengan betul dari peringkat awal, nodules lebih susah untuk hilang dan boleh menyebabkan parut yang dalam dan parut kekal.

Kawasan kulit muka yang mempunyai nodules akan terasa tidak selesa dan berasa sakit jika disentuh.

PUSTULES

Pustules adalah benjolan keradangan pada permukaan kulit yang turut mempunyai nanah (pus).

Apabila minyak muka (sebum), kotoran, dan bakteria terkumpul dalam liang pori, maka nanah akan muncul.

Sesetengah pustules tidak menyebabkan rasa sakit atau kurang selesa pada wajah tetapi bagi masalah yang kritikal,ia akan menyebabkan rasa rasa sakit atau gatal pada ulit wajah.


PUNCA JERAWAT TERJADI

Terdapat 3 punca jerawat timbul yang utama.

Hormon

Kulit berminyak biasanya dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron yang menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Bagi wanita pula disebabkan tingginya kadar progesteron beberapa saat sebelum menstruasi dan naiknya kadar testosterone menjelang menstruasi akan mengaktifkan kelenjar minyak dan menyebabkan pori kulit tersumbat.

Stress

Stress merupakan salah satu punca terjadinya jerawat.

Apabila kita berada dalam keadaan stress, adneralin serta hormon androgen dalam badan kita akan kelaur dengan banyak dan menjadi punca terhasilnya pertumbuhan jerawat.

Alat Solek

Hampir semua wanita suka bermekap.

Alat solek boleh menjadi punca pertumbuhan jerawat sehingga menyebabkan kulit wajah “breakout” jika tidak dijaga dengan baik..

Ramai wanita di luar sana tidak menitikberatkan cara membersihkan kulit muka dengan betul selepas memakai alat solek.

Hal ini boleh menyebabkan pori muka tersumbat dan bakteria pada kulit wajah.


CARA MERAWAT JERAWAT

Setiap masalah jerawat perlu dirawat dengan cara yang bebeza.

Bukan seberangan, dan main beli apa sahaja produk yang ada di pasaran.

Lebih-lebih lagi produk yang tidak mempunyai pengesahan.

JERAWAT WHITEHEAD/BLACKHEAD & PAPULES

Cuci wajah dengan air bersih yang hangat dan pencuci wajah yang ringan dua kali sehari untuK menghilangkan minyak berlebihan, sel-sel kulit mati, dan debu.

Pakaj pencuci wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit muka samaada kering,kombinasi ataupun beminyak.

Oleskan benzoil peroksida pada kulit wajah untuk mengurangi kelebihan minyak.

Skrub muka sekurangnya 2kali seminggu bagi mengelakkan pori tersumbat.

Rawatan Jerawat NODULES

Cara merawat jerawat nodules ini adalah lebih rumit berbanding jerawat papules.

Dapatkan nasihat pakar untuk mencari antibiotic atau krim jerawat (benzoil peroksida) di farmasi yang berkenaan..

Rawatan Jerawat PUSTULES

Jerawat parah jenis pustules terdiri dari jerawat batu yang dalam Jerawat jenis ini memerlukan rawatan yang paling rumit

Jerawat ini akan menyebabkan kemerahan, pembengkakan, dan kerosakan pada kulit wajah.

Jerawat ini tidak boleh dirawat sendiri kerana perlu dirujuk oleh pakar dermatologis terlebih dahulu untuk mendapatkan analisis muka dan juga nasihat pakar.

Jerawat pustules biasanya akan disunti ubat bagi proses pengecutan jerawat.

Jangan cuba untuk memicit atau menggaru jerawat ini kerana ia akan menyebabkan luka dan kesan yang lebih buruk pada kulit muka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Perlukan Bantuan? Konsultansi Percuma!

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan rawatan jeragat & jerawat. Boleh hubungi, Perunding Kecantikan kami yang sedang bertugas.

Beauty Consultant

Atira

Online

Beauty Consultant

Adani

Online

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00