5 Cara Menghilangkan Jeragat Secara Tradisional. Adakah Berhasil?

PETUA MENGHILANGKAN JERAGAT DEGIL MENGGUNAKAN KAEDAH TRADISIONAL

Jom amalkan beberapa petua untuk menghilangkan jeragat degil anda :

1. LEMON

Jus lemon kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggantikan kulit dan memudahkan pertumbuhan sel sel kulit yang baharu.

Ia juga hilangkan minyak berlebihan sebab bersifat astringen.Pastikan lemon yang dipilih masih segar.

Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda.

Biar 15 hingga 20 minit, kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur.

Teruskan sekurang kurangnya beberapa bulan.Lakukan dengan perlahan-lahan.

2. BAKING SODA

Baking soda atau soda penaik adalah baik untuk pengelupasan sel sel berminyak,kotoran dan sel sel kulit mati.

Ia juga dapat mengekalkan keseimbangan pH kulit.

Caranya : Campur sedikit air dalam satu sudu teh baking soda untuk membuat pes yang tebal.Sapu pada kawasan terjejas dan biarkan beberapa minit.

Kemudian bersihkan dengan air sejuk.

Amalkan sekurang kurangnya beberapa bulan.

Nota: Elakkan penggunaan baking soda jika anda mempunyai kulit yang sangat sangat sensetif.

3. UBI KENTANG MENTAH

Kentang mengandungi catecholase,iaitu enzim yang dipercayai dapat membantu mengatasi masalah kulit.

Caranya : Kupas kentang dan potong kepada beberapa bahagian yang agak tebal.

Letakkan beberapa titis air pada permukaan kentang dan gosokkan pada kulit muka selama 5-10 minit.

Kemudian bilas dengan air suam.

Lakukan 3-4 kali sehari selama seminggu.

Anda boleh juga parut sebiji ketang bersaiz sederhana dan perahkan jusnya.

Tambahkan jus lemon yang sama kadar dengan jus ketang tadi,sebatikan.

Sapu pada bahagian yang berjeragat tadi dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas.lakukan dua kali sehari untuk sebulan.

4. CUKA EPAL ORGANIK

Cuka epal memang sangat terkenal dengan kasiatnya yang sungguh luar biasa.

Ia sangat bagus untuk mengurangkan kesan jeragat dan bertindak sebagai pencerah kulit semulajadi dan menjadikan tona kulit lebih sekata.

Caranya : Campurkan cuka epal dengan air suam pada kadar yang sama.Contohnya setengah cawan cuka epal dicampurkan dengan setengah cawan air suam.

Gunakan campuran ini untuk membilas kawasan yang ada jeragat.

Biarkan selama 2-3 minit sebelum dibilas dengan hasil suam.

Lakukan sehari 2 kali untuk beberapa minggu.

Atau boleh juga tambahkan 2 sudu kecil cuka epal ke dalam setengah cawan air suam.

Kemudian campurkan 1 sudu kecil madu.

Amalkan minum campuran ini sehari 2 kali,pagi dan malam untuk beberapa minggu.

5. VITAMIN E

Vitamin E sering dikaitkan dengan vitamin kecantikan.

Dengan sifat yang tinggi antioksidannya,ia membantu meneutralkan kesan bahaya sinar UV daripada matahari,serta melindungi dan memperbaiki kulit kita.

Caranya : Cucuk dan picit 2-3 kapsul vitamin E dan letakkan pada satu mangkuk kecil.Campurkan dengan 2-3 titis minyak castor dan sebatikan.

Sapukan pada kawasan muka yang berjeragat sebelum tidur,biarkan semalaman.
Amalkan setiap hari untuk 2-3 minggu.


Keberkesanan tips diatas adalah bergantung kepada keadaan kulit kerana tiada satu orang pun yang mempunyai jenis kulit yang sama.

Rutin rawatan menghilangkan jeragat adalah sesuatu yang memerlukan banyak kesabaran.

Ia hendaklah dilakukan secara konsisten dan berterusan.

Hasil tindakbalas bagi setiap kulit adalah berbeza tetapi pasti berkesan jika dilakukan dengan telus dan bersungguh sungguh.

Semua jenis rawatan diatas boleh diamalkan sebanyak 2 kali setiap minggu untuk penjagaan maksimum keseluruhan kesihatan kulit.

di Reveuse, Kami menawarkan cara menghilangkan jeragat menggunakan laser.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Perlukan Bantuan? Konsultansi Percuma!

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan rawatan jeragat & jerawat. Boleh hubungi, Perunding Kecantikan kami yang sedang bertugas.

Beauty Consultant

Atira

Online

Beauty Consultant

Adani

Online

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00