Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jeragat?

Bila sebut tentang JERAGAT, pasti ramai yang kecut perut. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Jeragat terjadi tidak mengikut usia dan jantina.

Anda tidak menjaga dan merawat dengan betul maka jadilah jeragat penuh satu muka.

JERAGAT adalah satu masalah kulit muka yang paling ditakuti oleh semua orang terutama kaum hawa. Betul kan?

Yelah memang betul sekarang tiada lagi PUNCA KEMATIAN disebabkan jeragat, tetapi tahap keyakinan kita tu makin berkurang.

Tepuk dada tanya selera. Sendiri tahu apa keiginan yang kita nak tu,kan??

 

Terbayang-bayang BINTIK HITAM dan TOMPOK yang tidak cantik kat muka.

Eeee segan la! Penat nak tepek itu ini!

Apa lah perasaan kalau kulit muka licin mulus tanpa rasa tahi lalat penuh muka kan?

JERAGAT ni kalau dan mula tumbuh dan tak dirawat, ia akan merebak.

Yelah, pada awalnya ingatkan tahi lalat biasa 1 atau 2 bintik sahaja. Makin dibiar tup-tup satu tompok sana satu tompok sini.

Bermula dengan satu bintik hitam, akhirnya penuh satu muka. Jenuh nak pakai makeup tebal untuk tutup cela yang ada.

Sampai bila nak bermakeup tebal untuk tutup JERAGAT?

Nak keluar rumah mungkin boleh sembunyikan dengan makeup. Kat rumah depan suami macam mana?

Sepatutnya kat rumah lah kita paling cantik, sebab nak mengadap suami tercinta. Setuju kan isteri-isteri semua?

Okay, hari ni REVEUSE nak kongsikan punca JERAGAT yang ramai orang tidak tahu.

Adalah sangat penting untuk kita tahu apa punca jeragat mula tumbuh kat muka.

Bak kata pepatah, MENCEGAH adalah lebih baik daripada mengubati.

1) Penjagaan asas kulit muka

Kulit anda akan mudah ditumbuhi jeragat jika anda tidak amalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Cuma perlu rajin.

Apakah dia penjagaan asas kulit muka? Setiap hari pasti anda perlu MENCUCI MUKA, memakai PENYEGAR (TONER), memakai PELEMBAB dan memakai SUNBLOCK.

Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau kulit anda berjeragat cuba cek semula adakah anda culas dalam penjagaan asa kecantikan setiap hari?

2) Keturunan

Tahukah anda jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang berpunca dari faktor KETURUNAN.

Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama.

Oleh itu, sila alert dengan punca jeragat yang lain dan cuba elakkan. PLEASE RECHECK!!

3) Usia

Semakin kita berusia, semakin TINGGI RISIKO untuk jeragat tumbuh dimuka.

Biasanya jeragat akan muka tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an.

Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an?

Pastikan kita rajin. Jangan cuba culas untuk buat RUTIN HARIAN penjagaan kulit muka. Penggunaan produk ANTI PENUAAN juga sangat membantu.

4) Cahaya matahari

Jika anda jenis banyak berjemur dibawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak luangkan masa dalam bangunan.

Dengan kepanasan di Malaysia yang sangat panas ni, lagilah memerlukan perlindungan yang dua kali ganda.

Untuk pengetahuan anda cahaya matahari adalah musuh NO 1 untuk kulit wajah kita. Cahaya matahari mengandungi sinaran UVA dan UVB yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.

5) Perubahan hormon

Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela diwajah. Apakah punca perubahan hormon dikalangan wanita?

Mengandung, melahirkan, menyusukan, pengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.

Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walaupun masalah hormon tak stabil dan selesai.

6) Alat solek dan produk kecantikan yang berkualiti rendah

Penggunaan alat solet dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti PRODUK TIMBANG KILO atau produk TIRUAN yang banyak dijual dipasar malam dan juga pasaran online juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat diwajah anda.

Jangan terpedaya dengan iklan yang terlalu over claim. Semak dulu sebelum menggunakannya nanti padah dibuatnya.

Dari SEDIKIT masalah nanti makin BANYAK pula masalah lain yang timbul.

Ini berlaku kerana bahan berbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran UVA dan UVB meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit dan memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.

7) Hypothyroidism

Hypothyroidism adalah dimana kalenjar tiriod gagal berfungsi dengan baik lalu menyebabkan ketidakstabilkan hormon tiroid yang terlalu rendah didalam badan akan menjadi punca berlakunya masalah pigmentasi dan jeragat pada kulit muka.

Pengambilan ubat bagi menstabilkan semula hormon tiroid mampu mengatasi masalah jeragat yang anda hadapi.

8) Phototoxic

Phototoxic adalah keadaan dimana tubuh badan anda memberikan reaksi allergic atau ALAHAN kepada kaedah perubatan tertentu seperti rawatan kanser, kemoterapi, dan ubatan lain.

Ia juga boleh berlaku kerana alahan kepada pewangi, produk kecantikan dan juga kosmetik.

Jika kulit muka tiba-tiba ditumbuhi jeragat, PERIKSA SEMULA jika baru-baru ini anda ada menukar pewangi, produk kecantikan, alat solek atau menjalani sebarang rawatan kesihatan.

9) Tekanan perasaan

Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasaan.

Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan menganggu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencentus kepada berlakunya masalah jeragat.

Jangan main-main yer, so kena happy dan ceria selalu supaya jeragat pun takut nak singgah. Jangan terlalu beremosi, cuba kawal sehabis baik yang mungkin.

Jika anda mengalami tekanan perasaan, jangan berlengah. Cari jalan penyelesaian dalam kadar segera.

Dapatkan BANTUAN.

Tekanan perasaan bukan sahaja boleh meyebabkan kulit anda berjeragat malah ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti menurunkan kualiti kerja di pejabat, merosakkan hubungan sosial dan dalam kes yang serius boleh meragut nyawa.

10) Persekitaran yang tercemar

Terima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu.

Jangan angan di JEPUN yer. Di MALAYSIA mahupun DUNIA sekali pun, udara sangat kotor.

Banyak persekitaran yang terlalu terbuka dengan pencemaran asap dan debu. Lapisan ozon semakin nipis.

Setiap kali keluar rumah,kulit wajah akan terdedah kepda segala macam kotoran.

PENDEDAHAN kepada segala macam kotoran akan menyebakan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak dan berlakunya masalah jeragat.

.

.

Cuba tengok kita di tahap yang mana. Kita berada dimana. Bahagian mana perlu kita elak berlakunya jeragat itu.

Sebelum bersusah-payah nak beli produk anti jeragat yang mahal, lebih baik anda KENAL PASTI dulu semua punca-punca jeragat tersebut dan cuba ELAKKAN sedaya yang mampu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Beauty Consultant

Adani

Online

Beauty Consultant

Atira

Online

Adani

Hi, Adani disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00

Atira

Hi, Atira disini... Sebarang pertanyaan whatsapp terus yea... 00.00